Sunday, May 18, 2014

Abang Chik Dalam Kenangan (19 Julai 1971 - 18 Mei 2013)


Assalamualaikum...




Coretan ini khas utk abang yg amat aku rindui & sayangi; Kekanda Sharudin Ahmad atau Abg Chik... insan yang telah pergi buat selama2nya....

Hari ni genap setahun Abg Chik pergi menemui Maha Pencipta.. pemergian yg amat2 meninggalkan kesan bg kami sekeluarga... 

Aku ada 4 abg & 4 kakak.. Abg Chik anak yg ke-6.. Abg Chik tinggal di Bagan Serai, Perak bersama isteri tercinta; Kak Ton, 2 anaknye; Epi & Ariq dan mak mertua..

Abg Chik ni sgt2 penyayang, penyabar, kelakar & sgt pemurah dgn keluarga dan kawan2.. Abg Chik jgk aktif berpolitik & penyambung semangat arwah Bondaku yg juga org kuat UMNO...



PRU13 yg lalu, Abg Chik bertanding utk DUN Selinsing.. Tapi rezeki tak berpihak padanya.. 2 minggu sebelum bertanding, kami adik beradik turun ke Bagan Serai utk beri sokongan kat Abg Chik... Dan itulah juga kali terakhir aku dengar suara Abg Chik... Kenangan sama2 turun merayu undi memang takkan aku lupakan sampai bila2.. seronok sgt.. Abg Chik nampak sgt bersemangat walaupun aku tau Abg Chik penat maksima.. 

Kenangan di Pasar Ahad

Ikut ke pasar malam, sekolah, Pasar Ahad.. memang pengalaman baru.. ramai turut serta menyokong.. Abg Chik balik rumah kejap2 je.. dgn tak cukup tido... kasihan Abg Chik.. rasanya tenaga dah habis, hanya semangat yg mengerakkan fizikal & mental Abg Chik..

Memang sedih bila Abg Chik tak dpt undian majoriti.. Redha.. Perancangan Allah memang terbaik.. Kami adik beradik terus beri sokongan melalui SMS utk kuatkan semangat Abg Chik..

Pada 16 Mei 2013.. Dapat berita Abg Chik masuk hospital.. Badan Abg Chik lemah.. Kami cpt2 bertolak ke Perak... Mulanya Abg Chik ditempatkan di Hospital Columbia Taiping & kemudian transfer ke Hospital Taiping... 

Ya Allah sedih sgt tgk keadaan Abg Chik yg koma terbaring... Sejuk kaki Abg Chik bila aku sentuh... Kami teruskan berdoa agar Allah SWT sembuhkan Abg Chik...

Simpati aku dgn Kak Ton... nampak tak berseri seperti selalu... Namun aku respek dgn Epi, anak sulung Abg Chik yg kuat semangat...

Org tak putus2 datang melawat Abg Chik... Abg Chik mesti tau kan? Ramai org yg sayangkan Abg Chik... Semua terkejut dgn keadaan Abg Chik... Allah, tak sanggup nak melihat insan yg tersayang pergi depan mata seperti yg kulalui di saat Bondaku menghembuskan nafas terakhir...

Keadaan Abg Chik tak stabil.. Doktor kata ada jangkitan kuman yg dah merebak kat organ2 dalaman penting Abg Chik... ada juga usaha berubat dgn ustaz... 

18 Mei 2013 kira2 jam 8.00 mlm, Abg Chik yg amat ku syg telah dijemput Ilahi... Abg Chik pergi dlm usia yg muda, 42 tahun... 


Aku mcm tak percaya... mcm mimpi... tapi itulah kenyataan yg harus diterima.. 9 beradik dah tinggal 8.. 

Abg Chik, adik rindukan Abg Chik.... Semoga Allah SWT cucuri rahmat ke atas rohmu.. semoga Abg Chik diberi balasan yg baik seperti mana kebaikan yg telah Abg Chik taburkan 
sepanjang hayat Abg Chik...

Sesapa yg pernah rasa kehilangan akan tau rasa sakit itu.. betul...

Damailah dikau bersemadi di sisi Yang Maha Agung... Kasih syg & ingatan padamu akan kekal bersemadi selamanya dalam hati adindamu ini...

Al-Fatihah.....

No comments: