Wednesday, May 14, 2014

Bersiaran langsung dari UiTM Kampus Seremban 3


Assalamualaikum...

Hari ke-2 aku di sini sempena Kursus KIK Staf HEP Siri 1.. selain jd peserta, aku jgk salah sorg urusetia.. heee...

Kampus ni kampus baru tau.. salah satu projek PFI.. mula beroperasi bln Februari 2014.. ada 3 fakulti kat sini, Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi, Fakulti Sains Komputer & Matematik dan Fakulti Sains Sukan & Rekreasi... skang ada student degree je yg rata2 adalah adik2ku di Kampus Shah Alam yg dipindahkan ke sini... bln dpn penuhlah kampus ni dgn student diploma :)

Tempat makan


 Pejabat Pengurusan Kolej

Hostel kami... 

Aku ke sini naik van.. maklumla urusetia kan? Hehe.. yg lain sila naik bas yer.. kami berempat... aku, faridah, en. Burn & kak azie..

Sampai2 je kami ke pejabat kolej dulu.. jumpa kak sadiah, PPA kat sini.. siap amik kunci semua, terus isi perut yg dah lapo nih... lauk mabeles sgt... of coz la hidangan org n9.. daging salai + pucuk ubi msk lomak cili api.. sodapnyo... sambil menaip dok terkonang2 lg..

Penginapan pulak.. mmg puas hati.. mane taknye.. kami yg rasmikan.. hehe.. kira oklah 1 bilik utk 4 org.. toilet di dlm.. kami bertiga je dlm bilik ni.. since ni kampus baru, bantal+cadar+sarung bantal dipinjamkan dari Kolej Perindu.. oh lupa nak bgtau.. nama kolej siswi - Kolej Puteri Mayang Selida & kolej siswa - Kolej Bendahara Skudai.. klasik nama bangunan2 kat sini...

Skang aku kat hostel.. lepak2 sementara tunggu slot malam ni... best sebenarnya KIK ni.. cuma mental mesti kuat & apa yg penting... KERJASAMA :)

Oklah.. nnt update lg.. rindunya kat anak2.. sabar ye syg.. esok mama balik...

No comments: